Thursday 29 October 2015

JSON ~ Bahagian 1: Apa itu JSON?

  • JSON adalah singkatan bagi Javascript Object Notation. Ia merupakan sebuah format peralihan/ perpindahan data berasaskan teks yang mudah untuk memahaminya.
  • Konvensyen JSON difahami oleh pengaturcara di dalam pelbagai bahasa pengaturcaraan termasuklah C, C++, Java, Phyton, Perl dan sebagainya.
  • JSON sememangnya sebuah bahasa pengaturcaraan yang berasaskan Javascript mengikut piawaian ECMA antarabangsa.

Apakah fungsi JSON? 
  • Digunakan semasa menulis kod (back-end) untuk semua aplikasi yang berasaskan Javascipt yang merangkumi browser extension dan laman web.
  • Digunakan untuk menyusun dan menghantar data berstruktur melalui rangkaian (antara server dan aplikasi web).
  • Digunakan oleh Web services dan API untuk menyediakan public data.
Apakah kebaikan JSON?
  • Memudahkan pengaturcara membaca dan menulis kod.
  • Format pertukaran data berasaskan teks yang ringan.
  • Language independence–mudah digunakan dengan bahasa pengaturcaraan moden. 

0 comments:

Post a Comment